Yahoo! Avatars
    Yahoo! Avatars

Samstag, März 19, 2005

rahasia dibalik adzan

Mudah-mudahan ada manfaatnya artikel ini untuk meningkatkan kualitas ibadah kita.
Amin

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT, Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Coba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa- apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika adzan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa adzan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati adzan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika adzan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika adzan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati adzan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


Seruan Adzan

Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.

Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

*Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari Tidur" pada Adzan Subuh selepas "Haiyaalal falah" (2X)

Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Adzan

1. Beruduk
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Adzan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafazh syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.


Menjawab seruan Adzan:

Jika kita mendengar seruan Adzan yang dilungkan muadzin (tukang adzan), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Adzan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya "Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.